Bila beraya, anak-anak bermain dan bergaul. Balik saja ke bumi kimchi ni terus demam dan mengadu sakit mulut. As a doctor, back of my mind of course diagnosis difteria worries me. And bila anak complaint sakit mulut…untuk seorang anak 4 tahun, it can be anything.
So saya examine him and noted ulcers di lidah dan bahagian dalam pipinya. Nak buka mulut sangat sakit dan merengek.Seriously, the ulcers are very painful. So kalau anak merengek, bersabarlah. Apa taknya, perut lapar dan haus tetapi ulcers itu sangat sakit.
Since demam 2 hari then ulcers dalam mulut, alhamdulillah tekak and tonsil normal maka next periksa tangan dan kaki, ada ruam which later turn to blisters. So diagnosis in line is hand foot mouth disease (HFMD).
HFMD ni jangkitan virus (coaxackie virus) yang selalu berlaku di nurseri dan dimana adanya sekumpulan kanak-kanak. Anak bawah 5 tahun sangat prone dijangkiti. HFMD ni tiada vaksin.
Disebabkan ianya virus, maka tak perlu antibiotics. Yang sangat penting adalah pastikan anak tidak kering (dehydration) dan mendapat keperluan nutrisi yang cukup. Tak lupa juga hygiene (kebersihan sentuhan, alatan etc).
Jika tak pasti, jangan bertangguh untuk dapatan pemeriksaan kerana dehydration very dangerous for children.
Jadi ini tips yang boleh dicuba jika anak mengalami jangkitan ini:
1) ibu/ayah sedia mind set utk bersabar dengan anak merengek, meragam dan tak cukup tidur. (lumrah anak kecil, org dewasa kalau ada ulcer pun mengeluhkan)
2) sediakan hand sanitizer. Sebaiknya basuh tangan dengan sabun dan air tapi nak bawa anak yang tak sihat sering ke sink agak sukar. (Di gambar tu hand sanitizer korea)
3) Straw. Ini penting untuk bantu anak hisap minuman. Minuman sejuk dan bernutrisi seperti horlick, vico sesuai. Galakkan anak hisap sedikit demi sedikit tetapi kerap.
4) Analgesia (ubat tahan sakit sapu seperti di gambar) yang disapu dengan cotton bud bersih pada ulcer di mulut. Bila sakit kurang galakkan anak minum dengan straw dan makan jika mampu.
5) Kadangkala ruam di tangan/kaki gatal, boleh cuba sapu calamine lotion (yg putih mcm kapur). Alhamdulillah anak saya kurang simtom gatal.
6) Asingkan anak dari anak lain yang sihat, hygiene very important to prevent spread and of course perlu kuarantin dirumah elakkan penularan di nurseri /sekolah.
Alhamdulillah, simtom yang di alami hanya 3 hari. Untuk totally recovered usually dalam seminggu. Allah yang menyembuhkan anak ini dan segala syukur Allah memudahkan segalanya.
#bicarakesihatanmode
#DoktorBukanTuhan
#auladreadplay