Tips Memilih Jangka Suhu untuk anak 0-5tahun

Demam merupakan salah satu sebab utama kanak-kanak dibawa ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.  Ramai ibu bapa memberi jawapan yang subjektif mengenai demam anak dengan hanya ‘rasa panas di dahi’.

Tips

Menyukat suhu badan anak menggunakan termometer atau jangka suhu adalah penting dan lebih objektif berbanding merasa demam dengan tangan. Tahap panas dan ‘pattern’ demam adalah maklumat bermanfaat alam membantu doktor mengenal pasti punca demam dan memberikan rawatan yang terbaik. Terdapat banyak punca demam seperti bengkak tonsil, jangkitan virus atau sesuatu lebih bahaya seperti denggi.

Ibu bapa oleh membantu doktor yang merawat dengan menyukat suhu dan merekodnya di dalam buku kecil. Sukat sekurangnya 6 jam sekali sebelum memberi anak ubat mengurangkan demam. Demam adalah suhu melebihi 37.5 C.

Pelbagai thermometer boleh didapati di kedai dan farmasi. Untuk pengetahuan ibu bapa, penggunaan termometer yang sesuai mengikut umur sangat penting untuk kanak-kanak 0-5tahun untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

 

Picture1

thermometer raksa

 

Elakkan menggunakan thermometer menyukat suhu di dalam mulut atau di punggung bayi. Menurut garis panduan National Institute for Health and Care Excellence, Bayi usia bawah 4 minggu, gunakan thermometer digital dan sukat di axilla (ketiak) bayi.

demam2

thermometer digital di axilla

Kanak-kanak usia 4mingu sehingga 5tahun pula, sebaiknya sukat di bahagian ketiak menggunakan thermometer digital atau thermometer raksa atau boleh juga menggunakan infrared di telinga.

 

 

demam3

Alat jangka suhu di dahi tidak sepatutnya digunakan untuk usia 0-4tahun memandangkan risiko bacaan tidak tepat.

 

demam4

thermometer chemical di dahi

 

Ubah gaya hidup kita kepada lebih ambil tahu akan tahap kesihatan anak-anak dan bersama membantu mencegah seterusnya merawat anak-anak yang diamanahkan.

#tipskesihatananak