Review Produk: Word Flow by Learning Root

Hari ni nak review product by learning root.

Saya sudah jatuh cinta pada set word flow ini. Tengok kotak dah koyak dan kad-kad sudah kemek-kemek.

photo_2016-08-23_11-55-37Kad yang memudahkan urusan untuk dibawa kemana-mana dan ditunjukkan kepada anak-anak sama ada untuk flashcards, memantapkan bacaan Quran atau memahami bahasa arab kerana terdapat makna dalam bahasa Inggeris dihujung kad dan juga perubahan bentuk perkataan bahasa arab itu apa bila ia menggambar kan ‘jamak’ (plural) atau untuk muzakkar wa muannas (perempuan or lelaki).

Untuk flashcards saya cadangkan ia digunakan selepas bayi berumur 6bulan kerana penglihatan anak sebelum itu adalah terhad. Jika nak flashcards, jangan lupa ia perlu sekejap-sekejap dan make it a fun bonding time. If not it will inhibit child’s development. Ini pendapat saya secara individu, apa yang sesuai untuk saya tidak semestinya berkesan untuk anda.photo_2016-08-23_11-58-37

Teringat basic bahasa arab yang saya pelajari zaman sekolah menengah dahulu. Yang bestnya kad-kad ni juga saya gunakan sendiri untuk menambah vocabulary bahasa arab agar perkataan yang dibaca dalam Quran memberi makna mendalam buat diri. Sambil tunjuk kad pada anak-anak, maknya menghafal juga dan apabila bertemu perkataan-perkataan itu di dalam Al Quran they make more sense.

92 perkataan yang dipilih dalam set ini adalah yang diperincikan terdiri dari perkataan yang selalu digunakan dalam AlQuran. Perkataannya dibahagikan mengikut kategori sepeti Ism (kata nama), kata kerja dan sebagainya. Ada sekeping kad ‘content’ untuk dijadikan rujukan. Saya terus berdoa aar Allah mudahkan urusan saya dan anak-anak untuk memahami AlQuran!

Amin…

 

#auadreadplay

Boleh dibeli di www.auladreadplay.com/shop