Bahasa Arab Made Easy untuk anak kecil

photo_2016-10-05_14-58-37“Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Ali Imran:189).

img_20161005_161700

Hari Jumaat jadual kami sangat-sangat santai kerana anak-anak akan ke masjid solat jumaat. Solat berjemaah di masjid pendidikan yang sangat berkesan. Maka kami hanya santai dipagi hari tapi tetap ada pengisiannya tersendiri.img_20161005_161818

Hari ni alhamdulillah the kids boleh ‘translate’ ayat pendek AlQuran guna kaedah yang kami baru mula sejak 3minggu yang lalu dengan hanya 2 sesi seminggu. Cara kami ini seperti baru belajar membaca. Alhamdulillah ayat pendek atas ni boleh ditranslate dgn mudah oleh anakanda 10tahun dan 6tahun.

photo_2016-10-05_14-52-54

Ayat-ayat pendek lain juga boleh ditafsir contohnya surah alBuruj oleh Umar,10tahun tetapi agak sukar untuk Thariq 6thn yang masih cuba menguasai perkataan-perkataan arab. Ini translate bukan tafsir ya. Tafsir perlu kefahaman dan ilmu yang tinggi. Cara translate kami ini seumpama cuba membaca apa yang tertulis.

Bermula apabila kami guna flashcard utk safiyyah kami dapati kami juga mudah untuk menghafalnya dan kami cuba teruskan dengan menghafal makna di kad itu dan di aplikasi di Quran. Kemudian Allah mudahkan jalan dipertemu dengan teman-teman hebat yang mencintai Quran lagi motivasi diri untuk teruskan.

photo_2016-10-05_14-52-33

Untuk lebih feel, kami cuba menambah kefahaman dengan ‘visual’ iaitu menggambarkan keluasan nikmat Allah di langit dan bumi. Baru lukis gambar sikit di kertas mahjung anak-anak dah kata banyaknyaa nak lukis…penat la..

photo_2016-10-05_14-52-59“Haa Allah lagi hebat, bukan hanya lukis..tapi Allah yang cipta segalanya..ni baru yang kita nampak dan tahu..yang kita tak nampak cth syurga, neraka, malaikat, other galaxies….Allah tak penat pun cipta semua tu”

“Mommy, are you talking for real?”

“Of course all these are real”..(sambil tunjuk ke luar).photo_2016-10-05_14-52-37

Thariq buat ekspresi tercengang..

Alam ini terlalu indah untuk dipersiakan..dan bahasa Arab itu terlalu indah yang perlu kita pelajari. Doakan Allah mudahkan kami memahami,mencintai dan mengamalkan ayat-ayat Quran.

 

#harap dapat sertai kelas bahasa arab mudah di malaysia

#auladhomeschool

Flashcard wordflow ini ada di www.auladreadplay.com