Sharing hari ni tentang tips memanfaat buku kanak-kanak agar ia bukan hanya digunakan untuk membaca tetapi lebih lagi. Boleh lah sahabat-sahabat yang memiliki buku kami manfaatkan dengan anak-anak.
Hari ni kami guna buku MY AMAZING SUPER POWER.
Aktiviti ini mendorong anak berfikir. Berfikir satu kemahiran yang sangat penting.
Dan yang menariknya tidak susah untuk dilakukan. Salah satu cara untuk melatih kemahiran berfikir adalah menggunakan buku yang memiliki gambar yang menarik dan ada ruang untuk berfikir.
“What do you think this boy is doing?” Saya memula bicara.
“Flying!!”
“Oh really? Why do you say so?”
Semua meneliti gambar dalam-dalam. Berfikir. Saya tahu mereka tahu cuma mereka memikirkan dengan lebih lanjut. Kerana mahu beri jawapan perlu justifikasi.
“Because there are clouds and the background is the blue sky!!”
“Because he’s wearing his cape!”
Semua mula melontarkan jawapan..excited!!
Bila dapat tulis idea di stickers and tampal lagi mereka seronok!!This is how we make their thinking visible.
“Haa ..lagi? Anymore suggestions?” Saya trigger lagi biar mereka dapat lihat dan berfikir lagi..
“Because his hands and body is like this….(sambil menggayakan gaya gambar)”
“Oh you mean his posture?”
“Yes, exactly!”
Tiba-tiba my 4 years old yg sibuk menulis di stick-on notes melontarkan idea..
“I think he is wearing his jet pack”
Kami semua terdiam dan berfikir..betul and logic ideanya..hehe
***kemudian kami teruskan di page dalam..meneka emosi yang sesuai dengan gambar watak dan mengapa berkata demikian..
#auladbookworm
#auladhomeschool
#bukuAuladReadPlay
Dapatkan di www.auladreadplay.com
masyaAllah really cool!yes anak2 dila pn byk elaborationnya. bukan sekadar cerita shj, ttp pemerhatian dan analisa mereka kepada gambar itu
Alhamdulillah Dila..
Seronok bila tahu anak-anak enjoy the books..
Teruskan mendidik generasi!
seronok buku ini…
bagi motivasi ke anak untuk menjadi orang baik