Tazkirah bersama anak: An Nasr

Hari ni kami kupas surah An Nasr. Subhanallah satu surah yang ringkas tetapi mendalam.

.

Allah sangat baik. Setiap perkara dalam kehidupan Allah beri panduan. Hanya kita hayati atau tidak perkara ini.

.

Hari ni bukan anak-anak sahaja yang belajar, umminya pun diperingatkan lagi dan lagi. Benarlah apabila kita yang menyampaikan sesuatu ia akan lebih terkesan dihati.

.

Maka berkongsilah. Sampaikanlah walau satu ayat. Anak-anak adalah mad’u kita. Mad’u mereka yang kita mahu sampaikan keaikan. Kita sama-sama belajar, kerana tiada manusia yang sempurna, kecuali junjungan kita yang maksum.

.zpage077

An Nasr, Allah gambarkan kegembiraan pembukaan kota mekah. Kemenangan apabila manusia beramai-ramai mmemeluk agamaNya.

.

Namun dengan kejayaan kita ada adab untuk menghadapinya. Ayat 3 surah An Nasr, Allah beri panduan dalam menerima kejaayaan dan kemenangan; iaitu; Bertasbihlah, Bertahmidlah tanda kesykuran dan Beristighfarlah.

.

Sesungguhnya Allah Maha menerima taubat.

.

Sangat cantik surah ini untuk jadi tazkirah ringkas untuk kita dan anak—anak.

www.auladreadplay.com/blog

#auladhomeschool