Mind map atau peta minda sangat bermanfaat untuk public speaking, merumus idea untuk penulisan, merancang aktiviti dan sebagainya.
Satu fakta yang kita perlu tahu, minda kita tidak berkerja secara ‘linear’ atau garis lurus seperti penulisan nota mengikut garis buku. Sebaliknya minda kita berkerja secara merawak dan berkembang dari satu idea kepada idea yang lain. Jadi peta minda satu yang memudahkan minda kita berkerja.
Untuk ajar anak sesuatu sebaiknya dengan memberi mereka melakukannya sendiri atau ajar bagaimana mengaplikasi sesuatu yang diajar.
6 langkah melatih anak merancang menggunakan mind map:
- Pilih satu aktiviti seperti merancang aktiviti cuti sekolah, percutian ke pulau atau sebagainya.
- Brainstorm apa sahaja. Biar anak lontar idea mereka. Terima dan hargai idea mereka.
- Pastikan satu cabang mind map mewakili satu idea dikembangkan dari tajuk pokok di tengah.
- Perincikan apa yang hendak dilakukan untuk setiap aktiviti itu, apa yang nak dicapai,apa nak dibawa atau dikumpul
- Guna warna-warna menarik
- Sediakan ruang kertas yang besar untuk idea terus mengembara dan dikembangkan!
- Beri anak bina cerita mereka sendiri menggunakan mind map terebut (refer video).
Akhirnya lihatlah betapa cantiknya mind-map yang dihasilkan!Syabas!
#auladhomeschool
#penulisDoktorBukanTuhan
#auladreadplay