Mental Arithmetic

Bismillah,Satu citacita saya untuk mengajar anak mental arithmetic sendiri. Maka bila tahu akan mengikut suami ke bumi kimchi ini saya selitkan juga untuk belajar abacus ni keana saya memang tiada asas langsung tentang abacus. Alhamdulillah Allah mudahkan saya membawa anak kecil yang baru 5 bulan bersama menuntut ilmu mental arithmetic asas dari Pn Lina karim di IPN.

Mencabar juga belajar apabila si kecil menangis disisi. Pn Lina yang baik hati memberi peluang untuk saya hadir sekali lagi secara percuma kerana risau jika tidak dapat apa yang diajarkan. Sememangnya saya ahu sahaja hadir lagi dan lagi cumanya masas ketika itu sangat terhad kerana akan berangkat dalam masa terdekat.

Alhamdulillah Allah sangat baik pada saya, Allah mudahkan saya faham dan kini boleh diaplikasi pada anak kecil 4 tahun saya. Anak kinestetk type 3 ini memang lebih muudah fokus apabila ada benda fizikal di hadapannya. Maka abacus sangat membantu dan dia sangat enjoy belajar mengira dengan kaedah MA ini.

Alhamdulillah seminggu sekali sahaja, kini minggu ke5. Saya bermula hanya apabila dia bersedia dan gembira nak mulakan. Ketika ini sudah tambah dan tolak kawan 10.

Buku saya ambil dari IQMA dan soalan-soalan saya buat sendiri.

Alhamdulillah.

 

#auladhomeschool