Ajar anak solat di mana sahaja

Salam Jumaat,

Allahuakbar!Solat tiang agama. Ayat cliche’ tapi sangat deep~
.
Cari sesuatu di hp terjumpa gambar ini. Gambar menggamit emosi.

Antara rasa syahdu, kerdil, nyaman, sayu…kerana sang anak bersolat menghadap Tuhannya di alam yang luas Allah ciptakan untuknya..Nikmat apa lagi mahu aku dustakan…sayu..
.
Dalam jiwa menitipkan doa Nabi Ibrahim “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang senantiasa mendirikan salat, Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (QS. Ibrahim: 40).
.
Islam itu mudah jangan dipersusah.
.
Ajar anak bahawa solat boleh dimana sahaja, tiada pakaian specific asalkan menutup aurat dan suci. Ajarkan khuf, rukhsah solat. Ajarkan mencari arah kiblat.
.
Banyak sebenarnya anak boleh belajar dari bermusafir!