Demi mega

Subhanallah..
Indah..sungguh indah..
.
Berdiri memerhati alam..
.
“Ingat lagi tak surah tentang mega di langit?”saya mula bicara. Berdua bersama umar.
.
Tiga lagi anakanda terlalu asyik dengan keindahan alam..saya biarkan mereka berlari ber explorasi..kadangkala terdengar jerita “look at that Umi..it is so beautiful!!”
.
“Ingat!!surah inshiqaq..” anakanda Umar menjawab tenang. terus membacakan ayat 16 dan 17..
.
“Maka Aku bersumpah, demi mega;
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;”


.
“Alhamdulillah…umar ingat lagi…” saya bisik kepadanya.
.
“Ummi, mega merah ni cara kita lihat waktu maghrib kan?”
.
Umar teringat akan perbincangan kami 5bulan lalu..semasa tadabbur al inshiqaq.
“Alhamdulillah Umar ingat..”
.
Dalam perjalanan pulang, tiga beradik ini murajaah surah an naba ..diikuti abasa..berulang-ulang meniru alunan Qari Mishari Rashid..
.
Ya Allah jadikan anak-anak ini cinta Al Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan..
.
Bawalah anak-anak melihat alam yang indah ini. Surah-surah pendek juz ammar sahaja pun terlalu banyak cerita tentang alam! Allahuakbar!