Kenapa menulis??

 

#CERITA_BENAR] – CUBA BAYANGKAN…

Dihadapan anda ada seorang murid 8 tahun (darjah 2) dibawa oleh cikgunya kerana dipercayai diperkosa..

Tetapi rupanya dia yang mencari ‘nya’…
Cikgu perhatikan dia sering tak siap homework yang diberi.
Bila ditanya..akhirnya dia memberitahu yang setiap malam jam 8pm-10pm dia keluar ke pusat memancing ikan.

Bukan untuk memancing ikan..tetapi memancing pasangan. ..dan pada hari dia di bawa ke hospital dia tidak pulang hingga jam 3am…dan bersama 7 lelaki…

Tiada siapa mencarinya..

“Mak dan ayah meniaga pasar malam..balik dah penat..kadang-kadang mereka tak perasan saya takde..”

Anak semuda 8 tahun puan-puan..Macam tak masuk akal kan..macam cerita rekaan sahaja..tetapi ini kisah benar..

Saya termenung..ya..kata lah saya doktor air mata..tetapi kalau masalah begini tak memberi kesan kepada anda…tepuk dada tanyalah selera…

Inilah jawapan saya apabila tadi saya ditanya..”Apakah turning point doktor untuk menulis?”

Inilah turning point saya yang mendesak jiwa untuk bukan hanya merawat penyakit tetapi merawat jiwa dan hati generasi anak-anak kita..

Bukan tunding jari pada sesiapa..setiap kita punya peranan..