6 Sebab Mesti Travel dengan Anak Kecil!

Kadangkala bila diberitahu akan travel dengan anak-anak terfikir, biar betul nak travel lagi ni. Penat travelling dengan anak kecil hari tu pun tak habis lagi.

Ini lah gambar biasa setiap kali kami travel bersama ke destinasi di dalam atau luar negara. Empat anak, satu stroller kecil dan dua beg besar 😉

Tak penat ke? Eh, kami pun manusia pasti penat. Tetapi 6 sebab ini yang buat kami pasti akan travel lagi dan lagi dengan anak-anak (jika Allah izinkan):

1. Kami tetap travel dengan anak sebab tak ternilai rasa nikmat kebahagiaan yang Allah beri bila pertama kali melihat anak ‘amaze’ dengan kehebatan ciptaan Allah swt!

Teringat-ingat reaksi Musleh bila turun je dari kereta dan dia tercengang dengan mulut terlopong dan mata terbeliak melihat besarnya puncak gunung berapi Ichulbong. Apabila diberitahu itu baru puncaknya sahaja dan dalam laut itu sebahagian besar gunung..dia tak henti-henti bertanya dan cakap ‘how amazing is Allah!!!’. Syukur sangat-sangat!

2. Kami yakin tiada cara terbaik untuk ajar anak tentang dunia melainkan beri mereka lihat dan rasai sendiri.

Mereka tahu apa ertinya negara empat musim. Apa istimewanya autumn. Bagaimana rasanya salji. Betapa berharganya sungaid an lautan di tengah panas summer yang lebih panas dari Malaysia. Perbezaan budaya, bahasa dan cara hidup manusia. Semua apabila mereka lihat dan terlibat dalam masyarakat itu sendiri.

3. Gelak ketawa dan pengorbanan mereka ‘priceless!’

Apabila lihat anak kecil berkorban. Yes, bila travel kita berkorban meninggalkan tempat selesa, bersusah menjalani hidup di negara orang satu yang sangat menyentuh hati seorang ibu apabila melihat si kecil begitu. “Umi, we really really love to homeschool with you. You are an amazing teacher!” jawapan mereka bila ditanya adakah mereka enjoy homeschool atau mahu ke sekolah! Bergenang air mata ni..amanah yang akan cuba dilaksana dengan baik.

4. Beri ruang kepada diri untuk ‘break the cycle’

Rutn harian yang monotonous kadangkala buat rasa down atau rasa macam tiada progress. Jaid bila travel ni, ada peluang untuk rasa hari tanpa memasak, membasuh atau mengemas. (tapi tunggulah balik nanti kan..sure baju kotor berlambak).  Just take a break!

5. Anak-anak sentiasa ingat ‘sweet momet’ dan ‘fun days’ mereka semasa travelling.

“Ingat tak kita masuk gua. Even it was a very hot summer day, deep inside the cave ada snow!!!! Subhanallah” ..Ingat lagi tak kita pancing ikan from a hole on the ice? Initially, I did not get any fish but toward the end, I got the most!”

Bila dengar perbualan begini…’priceless!’

6. Walau sukar tapi it was really ‘worth it!’

Tipulah kalau saya cakap saya tak pernah mengeluh. Adat orang travel satu keluarga, walau suami dan anak suka menolong, tetap yang paling banyak tugas selepas travel adalah si ibu. Mungkin ada hari-harinya orang lain balik je terus mandi solat dan tidur..sedangkan kita terbongkok-bongkok unpack dan buat laundry tengah malam buta. But frankly speaking…walau kena lalui semua tu, bila fikir balik nikmat Allah beri dari trip itu…sedar tak sedar, penat belum habis saya dah tanya suami “next trip nak pergi mana?”

Syukur!

 

Ummi UTMS @DrAna

Travelling mama..