Sebagai ibu yang homeschool, dulu saya tercari-cari tips untuk mengajar anak hafal al Quran dari rumah untuk anak usia sekolah rendah.Kerana saya bukan al hafizah. Nak mula menghafal dari surah di belakang ke depan ke..
Bagaimana nak murajaah..Bagaimana nak bahagi hafalan.Adakah Quran yang specific untuk hafalan.
Saya bertanay sana sini, baca sana sini…
MashaAllah..sedar tak sedar list dalam buku nota saya semakin panjang hasil dari ceramah, bacaan dan ustaz yang anak-anak pergi menghafal. Saya kongsikan disini ya.
Anak-anak saya pun masih bertatih..ramai yang dah laju kedepan. Tak apa..kita usaha..niat itu paling perlu dijaga..
Saya share agar ia bermanfaat untuk sahabat ibu-ibu yang nak bantu anak-anak menghafal dirumah. Bagi saya tips ini sesuai untuk anak-anak usia sekolah rendah.
- Niat. Perlu betulkan. Allah..sangat benar ni..saya perlu ingatkan hati ni berkali-kali
- Kenalpasti waktu sesuai menghafal.
- Tempat juga perlu sesuai.
- Gunakan mushaf Quran yang sama. (ini ikut kesesuaian individu anak. Anak saya memag perlukan yang sama)
- Mulakan hafalan dari juz amma, kemudian juz 29, juz 28. kemudian bermula dari juz satu. Menurut para penghafal jika lebih 3 juz yang dihafal dari belakang akan mudah terlupa.
- Bahagi satu muka kepada beberapa bahagian. Chunking namanya.
- Kalau ayat yang panjang tu, bahagikan beberapa potongan.
- Mula menghafal dengan melihat seluruh muka surat. Cam kan susun letak ayat. Baca beberapa kali.
- Satu ayat dihafal bersama satu perkataan pangkal ayat seterusnya.
- Apabila beralih muka surat, hafalkan awal ayat untuk muka surat seterusnya.
- Banyakkan membaca al Quran sebelum menghafal.
- Bagi yang belum pernah dengar teknik gundal, ia adalah cara hafalan mengulang 20kali satu ayat atau bahagian dan ditanda.
- Untuk mudahkan hafalan, rujuk makna ayat dan lebih baik menghayati tafsirnya.
- Apabila mengulang, yang salah ditandakan dengan pensel ketika ditasmik. Ini memudahkan penambahbaikan hafalan.
OK, jika Allah swt izinkan, kita sambung nota cara murajaah pula..
Ummi UTMS a.k.a Dr Ana