KATAK DALAM PERIUK

 

Memang benar, SEMANGAT KITA KEJAP TURUN KEJAP NAIK dalam MENDIDIK ANAK.

Sebab tu kita perlu ada BIG WHY kita! Kenapa kita buat sesuatu itu. Kenapa kita tak REHAT je macam orang lain?

Saya suka membawa analogi katak di dalam periuk. Fitrah katak mudah menyesuaikan suhu badannya dengan suhu persekitaran.
.
Bayangkan katak dalam periuk berisi air. Perlahan-lahan api dihidupkan dan air menjadi semakin panas. Si katak terus cuba menyesuaikan dirinya dengan suhu itu.
.
Apabila suhu hampir menggelegak, katak tidak dapat suaikan suhunya lagi lalu dia cuba untuk melompat keluar tetapi dia sudah kehabisan tenaga semasa menyesuaikan suhu tadi. Sekejap sahaja si katak telah mati. Apa yang menyebabkan si katak mati?

“Senangnya soalan! Mestilah suhu panas tu yang sebabkan katak mati!”

Jawapan itu tak tepat. SEBAB SEBENAR YANG MEMBUNUH SI KATAK ADALAH…KETIDAK UPAYAAN KATAK UNTUK BUAT KEPUTUSAN UNTUK LOMPAT KELUAR!

Memang benar kita perlu suaikan diri dan keluarga kita dalam masyarakat. Tetapi ada benda yang tidak sesuai untuk situasi keluarga kita. Maka kita perlu DECIDE

Bila kita nak GO WITH THE FLOW dan bila kita PERLU LOMPAT KELUAR!

Baik untuk keputusan diri kita, anak-anak kita, masyarakat sekeliling!

Dapat sesuatu? Kalau dapat sesuatu boleh ‘follow’ dan ‘set see first’ ya!

#FikirFikirkan
#BermulaDiRumah
#SkuadAulad