BAGAIMANA GAJET MEMPENGARUHI PEMIKIRAN ANAK

Dua tiga hari ni terbaca banyak tentang gajet dan perbuatan anak-ana kecil kita.. 


Ini sedikit pemantauan saya di wad. Ada ibubapa yang anaknya sedang menonton youtube dan dia pula melihat hp nya.. 


Sedang saya mendengar paru-paru dengan stethoscope mata saya melihat apa yang anak ini tonton di hp nya.. 


Terkejut saya.. 
.

Anak kecil yang scroll youtube dan dia tak tahu apa yang dia nak tonton, dia main tekan saja dan…

Kekuar la cerita PORNOGRAFI..

Saya lantas menekan pause, mengalihkan screen itu dan beri pada si ibu.. Ibu juga terkejut.. Scroll punya scroll dah banyak yang ditonton oleh sikecil cerita seumpama itu.. Allah.. Sedih..

========

Ini mungkin terjadi di mana2 dan boleh berlaku pada sesiapa juga sebenarnya..
.

Sebab sekarang ni memang banyak sangat iklan atau video di youtube yang bila anak2 kecil tekan keluar yang bukan-bukan.
.

Sepanjang driving pulang.. Saya berfikir.. 
.

1. Ya, ibu/ayah sepatutnya jangan menonton hp nya juga.. Sebab anak tiru.. .

2. Ya, sebaiknya jangan diberi screen, dan perlu pantau apa yang dilihat. Anak kecil belum mumayyiz, dia tak tahu beza baik dan buruk. Dia TONTON dan KUMPUL saja maklumat…kemudia mereka IKUT/TIRU. (TONTON+KUMPUL=TIRU)

3. Apa anak lihat itulah yang anak akan lakukan. Terutama anak kecil. Mereka learn ‘habitual response’ pada usia pra sekolah.

4. INTERAKSILAH…kita selalu dengar, how to talk so kids will listen… Pernah tak dengar how to talk so kids will talk?.. Ada anak delay speech sebab kurang berintetaksi di rumah.. Ada anak tak tahu nak respon dengan beradab pada dewasa sebab dia belajar hanya dari youtube not real life experience..

5. Tunjukklah anak-anak ni, cara betul berkomunikasi, adab, akhlaq… Ini semua dalam real life bukan youtube.

Jangan terkejut bila baca berita semalam, adik perempuan 14thn bunuh abang 15thn, bungkus dalam plastik.. Sebab anak-anak kecil ni akan jadi remaja…

Kalau mereka tak tahu nak urus emosi, nak kawal marah, apa alternatif tindakan yg ada.. Mereka ingat real life ni mcm dlm youtube.. Salah sikit boleh bunuh.. Selesai… Tak tahu dosa pahala…

Fikir-fikirkan..

#monolog
#BermulaDiRumah
#maaflukisanburuk