Lagi tentang hp dan anak kecil..
.
Lagi pemerhatian dalam ward, kali ni waktu malam oncall.
.
Ada masanya saya terpaksa lihat pesakit agak lewat kerana ada kes kecemasan lain yang perlu di uruskan dahulu.
.
Kadangkala jam 10pm – 11pm.
Bila round saya lihat anak-anak kecil masih ada yang tidak tidur.. Bukan kerana tak boleh tidur kerana tak sihat tetapi kerana menonton youtube.
.
Ada kala mak ayah dah terlelap dahulu.
.
2-3hari di wad saya perasan anak ni nampak jadi sukar dikawal.
.
Moody, restless.
.
Kesan ‘BLUELIGHT SCREEN’ mungkin, bisik hati saya.
.
Semakin anak kita menonton screen ni sebenarnya semakin mengganggu kitar hormon dalam tubuh, kitar tidur tak menentu, kadang-kadang jadi agresif.
.
.
Pada screen ada ‘blue light’. Lampu biru ni, bila dilihat oleh mata anak, akan menekan penghasilan melatonin. Melatonin ni perlu untuk buat anak mengantuk, tenang dan tubuh berehat dan tidur.
.
.
Jadi, bila byk tonton screen, pattern tidur jadi haywire… Maybe malam tak tidur.. Siang nak tidur tapi pada masa yang sama anak nak main juga.. jadi crancky..
.
.
Atau anak akan mudah terjaga pada tengah malam. Sebab melatonin tak dihasilkan dengan baik.
.
.
Ia juga buat anak rasa letih apabila bangun pagi.
.
Bila anak crancky kita pun bagi lagi screen konon nak tenangkan anak… Emmm.. 🤔
.
.
Sebab tu screen kena berpada-pada.. Dan kalau guna lampu tidur utk bilik anak, pilih lampu merah, oren atau kuning..agar tidur anak tak terganggu..
.
.
Bukan biru atau hijau. Lampu kalimantang putih itu pun da komponen cahaya biru…
Jom sama-sama SHARE agar kita ingat mengingatkan dan belajar ilmu baru..
#UnderstandingChildren
#NotaDrAna