IDENTITI
Nak kongsi pengalaman bersama anak-anak di bumi asing. Dulu bermusafir sendiri, kini bermusafir dgn anak-anak. Pengalaman yang lebih mencabar tetap indah. Apabila jauh di bumi org anak2 mula tahu apa itu perbezaan identiti. Mereka mula kaji apa bezanya diri mereka dengan masyarakat sekeliling.
Cth sebelum fly dah cerita pd anak-anak tak semua kita boleh makan di sana. Hatta KFC pun tak boleh. Mereka dengar angguk-angguk. Bila tiba sini apa yg kita cerita mula diaplikasi. Terdengar anak 5thn & 3thn berbual:
“sedapnya bau, bau apa ni..” 3thn bertanya
“Bau cookies.tapi kita tak boleh makan sebab tak halal. Eh tapi kenapa ayam tak halal ye ummi? Kan pig je tak halal.” Tanya yg 5 tahun.
Alhamdulillah neuron bersambung.
Bila cerita ayam tak halal sebab cara pnyembelihan. Amazingly anak2 boleh relate dengan pengisian homeschool kami tentang urat nadi (ada di FB) sebelum ini.
Kesimpulannya, terangkan pada anak tentang identiti islam mereka sejak kecil jika tak faham tak mengapa sebab anak2 berkebolehan mengumpul maklumat dari pengalaman mereka.
Jika ada maklumat baru mereka akan suai padankan dan jika tak jelas timbul curiosity dan dari curiosity akan berlaku learning process…terus hidangkan maklumat dan peluang untuk ereka explore. Biiznillah.