Tadabbur Alam

TADABBUR ALAM

“Kemudian kami pisah-pisahkan bumi dengan pemisahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan” (surah Abasa ayat 26)

Alam adalah ‘alat bantu mengajar’ yang baik buat anak-anak.
Untuk mengenalkan konsep ‘Allah is my Rabb’ gunakan kesempatan anak-anak yang masih suci fitrahnya untuk mengenal kehebatan Allah. Berceritalah tentang ciptaan Allah seperti tumbuhan, penciptaan haiwan yang unik, cuaca yang pelbagai hatta tubuh badan manusia sendiri.

Hari ini kami memerhati alam.
“Musim sejuk tumbuhan tiada daun” saya mula bicara

“Eh..pokok sana tu ada daun lah ummi”anak tunjuk kepada tumbuhan berdaun halus.

“Wah, Allah beri peluang kita lihat istimewanya pokok ni.Pokok berdaun halus masih mampu untuk tidak gugur sebab tak terlalu expose kepada cuaca yg sejuk berbanding daun yang besar..”

“Halus tu apa umi?”
“Halus tu macam jarum..tgk daun ni macam jarum tapi tak tajam sangat”

Oh..ok..

Saya biarkan mereka bersembang..berjalan didepan..cerita tentang cuaca..

“hebatnya Allah tak nampak pun aircond yang sejuk kan seluruh tempat ni”

Teruskan berfikir dan mengagumi keajaiban ciptaan Allah anakku..

‪#‎auladhomeschool‬
‪#‎travelogauladhomechool‬ 12741889_10153785211091690_109249439156207817_n