Ajar Anak Minta Dari Allah

“Ummi tell me what is your secret. Teach me how to fish..I am not good at this…” sayu sangat suara Thariq.

Tak putus asa menanti setelah hampir 40 minit anak-anak masih tak dapat seekor pun ikan.

Thariq sabar menanti…
Si kecil berdua berkerjasama..

Sedangkan Allah beri saya 2 ekor ikan dalam 15minit.

Allahuakbar..Allah beri kami peluang lagi merasai pengalaman yang unik dan belajar banyak perkara sambil “ICE-FISHING”.

Tak pernah terfikir memancing apatah lagi dalam snow lebat di tengah-tengah sungai yang dah beku menjadi ice. Alhamdulillah total 15ekor ikan Allah rezeqikan.

Anak belajar erti sabar dan rezeqi itu Allah yang beri. Allah beri peluang anak-anak nampak kebesaranNya dengan berzikir Asma’ ul Husna..YA RAZZAQ..yang memberi rezeqi.

“See..there are many fish. But why none comes to yours? Who decide so that the fish choose mine?”

“Allah…” perlahan Thariq dan Umar menjawab. Hampir putus asa… Apa taknya dah ubah cara, tempat dan strategi..masih tak berjaya.

“So, have you asked from Him?”

“Oh..why i never think of that?! How did you asked Mommy?”

“I just say in my heart..Bismillah, Ya Allah Ar Razzaq..berilah kami rezeqi. Gembirakanlah kami dan anak-anak kami. Jadikanlah kami insan bersyukur.”

“Make Zikr..Ya Razzaq..Ya Razzaq..while waiting…cuba buat..”

Alhamdulillah!!!happy sangat melihat dia happy..syukur pd Allah..
5 ekor total untuk si abang… Allah sgt baik mendidik kami..

Allah sangat baik…Allah tunjukkan kekuasaanNya pada anak-anak…dalam 5min Thariq dapat seekor ikan..menjerit happy dia. Umar pula bertalu-talu dapat total 5 ekor dalam 20minit..happy sangat-sangat!!

“You are right Mommy! We must ask from Allah!!”

Saya nak nangis sebenarnya..kerana saya tak jangka Allah bantu saya untuk anak rasa pengalaman meminta hanya padaNya…

Terima kasih Allah…saya menangis dalam hati..syukur…

Usaha..sabar..mohon pada Allah sahaja…semua bergerak serentak…Sebenarnya saya yang belajar……

Hasil tangkapan
Berbincang..berkongsi rasa hampir putus asa kerana tak mendapat ikan.
Pengalaman unik..memancing di atas ice..ikan berenang-renang..sungguh Allah yang mentakdirkan ikan mana menyambar mata kail kita..