7 TIPS BAGAIMANA MENYUSUN MASA SEBAGAI WAHM

 

 

Zaman sekarang memang ramai ibu-ibu menjana pendapatan dari rumah: Berkerja dari rumah (working at home mom, WAHM).

Sebagai seorang yang berkerja sepenuh masa dan kini sudah masuk tahun ke 3 menjadi WAHM, banyak yang saya belajar dari peluang emas bersama anak-anak ini.

Untuk pengetahuan, ada masa saya berjauhan dengan suami yang berkerja di luar negara. Mengatur kehidupan seorang diri, tanpa pembantu. Apabila berdekatan pula, kami akan mengikuti suami ke luar negara dan ini memerlukan saya untuk homeschool anak-anak. Cabaran utama adalah untuk MENYUSUN MASA.

Kalau di tempat kerja kita boleh target ‘siapkan semua ni by 5pm sebelum balik’..focus and buat inshaALlah siap, tapi di rumah dengan tanggungjawab pada kelaurga, rumah dan bisnes..memang mencabar.

 

Ini tips apa yang saya buat untuk ensure target hari itu tercapai:

1. Susun TO-DO-LIST

Saya memang TO-DO-LIST oriented. Mungkin sebab saya type 3. Mencapai target harian satu yang memberi kepuasan diri. Jadi saya akan senaraikan to-do-list jangka panjang dan jangka pendek. Pada malam sebelum tidur, saya akan kemas kini to-do-list yang perlu disiapkan untuk esok harinya. Apabila bangun pagi solat tahajjud,  glance senarai to-do-list itu dan boleh terus dilaksanakan.

2. Visualisasi

Sebelum tidur sambil menyusukan anak dan berzikir, saya pejamkan mata dan membayangkan hari esok yang saya doa akan lebih baik dari hari ini. Visualisasi membayangkan dari saya hendak bangun jam berapa hingga tamat hari atau hingga saya tertidur.:D

3. Situasi

Saya akan identify aktiviti untuk diatur ikut situasi.Contohnya, aktiviti yang memerlukan tumpuan dan kuasa minda seperti membaca buku perubatan dan hafalan Quran saya lakukan awal pagi. Manakala kerja-kerja editing buku misalnya saya buat ketika waktu anak tidur siang atau sebelum tidur waktu malam.

4. Fokus

Dalam Islam pun memang tekankan fokus sunguh-sungguh dalam buat sesuatu. Selesai buatlah sesuatu yang lain.

“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, (7) (surah al insyirah ayat 7).

Jadi kalau masak fokus masak jangan jeling hp. Waktu edit buku fokus. Tetapkan waktu reply msg customer ketika anak-anak tidak dirumah atau tidur misalnya dan focuslah.

5. Doa & zikir

Stress? Eh saya manusai biasa, ada hormon kortisol. Pasti stress. Antara yang memang sangat membantu mengurus emosi saya adalah , zikir lailahaillallah, istighfar & selawat ke atas nabi (minimum 100 kali). Kalau sentiasa sebut dihati inshaALlah mudah kawal emosi.

6. Bisnes sejam sehari.

Saya akan bahagi dalam 30, 10, 10, 10min slot utk urus bisnes, melayan customer atau ejen. Selebihnya yang tidak sempat saya akan reply waktu malam selepas anak-anak tidur. Biarlah dah tengah malam pun.

7. Morning person

Ini sangat crucial bagi saya. Mesti bangun pagi dan ada ‘me time’. Kalau tidak..stress akan mengusutkan hari saya. Memang Allah swt dah pandu kita sebaiknya dengan menggalakkan kita untuk Qiyammulail…inilah hikmahnya..

Ini yang saya amalkan. Saya tak kata saya paling bagus tapi ia berkesan untuk saya setakat ni alhamdulillah!Allah sangat baik pada saya. Sangat bersyukur kepadaNya!

Boleh cuba mana tau berkesan juga 😉

 

Ummi UTMS @DrAna