MEMBINA RASA TANGGUNGJAWAB

Selesai sesi pagi kami, anak-anak mandi dan saya mula menggosok.

Terdengar umar selaku anak sulung menggosokkan gigi adiknya, dilapkan

selepas mandi dan dipilihkan baju adik-adik nak pakai.

“Allahuakbar,allahuakar..”
Terdengar iqamat dari ruang tamu.

“Abang jadi imam” anakanda Umar mengoffer diri.
Saya yang sedang mengiron baju dibilik mengintai. Bertiga berjemaah solat dhuha. Menitis air mata.

Sunguh saya bersujud syukur Allah kurniakan anakanda yang sangat sensitif kepada ibunya. Jika nampak ibu sibuk dia segera memainkan peranan. Dia pasti lakukan terbaik dalam apa shaja. Syahdu di jiwa saya sebagai ibu.

“Wabilwalidaini Ihsana..” berlaku baiklah kepada kedua orang tuamu! (ayat Quran yang digunakan untuk projek1hari 1ayat Quran kam hari ini,ayat lain seperti gambar)

Si kecil pula melawat kad-kad lama yang baru ditampal semula untuk dijadikan stimulasi dari persekitarannya.

Semoga anakanda terus menjadi anak soleh dimana Quran dijiwanya dan memiliki akhlaq Islami dan sejati dan berkepimpinan! Robuna yusahhil..