Emosi dan Kita

Hari ni nak sembang panjang sikit..

Tentang emosi….

Kotla ada yang sudi baca.. sharelah post ni agar ramai lagi sedar penting URUS EMOSI.. ðŸ˜£

Beberapa minggu lepas,
Ada seorang adik ni diam je depan mak ayah dia..dia masuk ward sebab denggi..

Adik tu nampak baik sangat,
saya nak beransur dari katil tu, saya terdengar..

“Kau ni, TERUK betul, TAK DENGAR cakap, DEGIL.. Minum la..”

Ni kali ketiga saya dengar ayat seumpama ini dan nada begitu.. Banyaknya perkataan negatif satu ayat tu… ðŸ˜Ÿ

Saya rasa perlu mencelah..

“Maaf encik, memang kami suruh galakkan anak minum, tapi saya rasa tak perlu tengking dia.. Kalau kita tak sihat, kita pun tak rasa nak makan dan minum.. Tak apa ada drip tu.. Encik pujuk dia mana yang mampu..”

Saya lirik pada adik tu… Mengalir air matanya terus dia tekup muka dekat bantal..😔

Kesian..

Saya terus terbayang gambar bawah ni..

Emosi ni sebenarnya takkan pergi macam tu sahaja kalau kita pendam atau kambus dalam-dalam..

Tapi ia akan tumbuh MENGGANAS di dalam sana.. Dan akan jadi lebih BERSELIRAT yang akhirnya akan dimuntahkan dalam keadaan yang JELIK dan BURUK..

Kalau anak yang diperlaku ganas.. Jangan terkejut jika dia dera anaknya di masa hadapan..

Kalau isteri yang tidak pernah didengari atau sering ditengking, jangan terkejut kalau dia jadi ganas pada anak-anakmu..

Kalau suami yang sering dikhianati (wah bahasaku😱) jangan terkejut dia melakukan sesuatu diluar fikiranmu..

Kalau suami isteri masa kecilnya sering dilukai jiwa kecilnya..

Jangan terkejut jika ia menjadi ayahibu yang sukar untuk ‘bonding’ dan mengasihi anak-anaknya…

Parah kan?
Jaga emosi kita,
Jaga emosi anak-anak kita,
Jaga emosi orang sekeliling kita,

Peringatan buat diri saya juga..

Cuba duduk sekejap dengan anak..

Kata pada mereka..

“kalau adik rasa tak best macam sedih ke.. Lonely ke, takut ke.. Cerita pada ummi ya, sebab rasa tu tak elok.. Boleh jadi ‘monster’ dalam hati kita”..

Tadi saya cuba.. Anak terus meluah..

“ummi, tadi musleh sedih sebab jam tertinggal kat sekolah”

… Hehe.. Comel.. Mudahnya masalah anak kecil.. Tapi kita jangan ambil mudah.. Tapi AMBIL KISAH ya😘

#NotaDrAna
#Panjangnyaaa
#SemogaDapatSesuatu
#BermulaDiRumah
#JanganAmbilMudahAmbilKisah