Ada teman bercerita..
Sering berkecil hati dengan suami yang tak mahu dengar pendapatnya,
Hatta urusan yang melibatkan perkongsian bersama..
Ada juga yang mengalami,
Anak tak mahu mendengar kata,
Peluk pun sudah,
Tegur pun sudah,
Marah pun sudah,
Namun jiwa tetap kecewa tetap tak berubah..
Sebenarnya,
Jangan lupa ada satu cara mujarab…
BYPASS TERUS MINTA PADA DIA☝️
Kerana minta pada suami, dia juga ada ego dan emosi.. Dia kan juga manusia?
Bila memaksa anak, dia juga punya cara sendiri, dia kan juga manusia?
Kita selalu kecewa kerana kita juga ada limit diri, kerana kita kan juga manusia?
Sebab tu, syukurlah kita ada DIA☝️ yang Maha Kuasa❤️ jom lihat sudut berbeza, agar kekal positif-positif sahaja 💕
#MonologDrAna
#LihatSudutBerbeza