Tips Untuk Para Suami

Selalu share..
Tips untuk isteri..
Hari ni mood share tips utk suami pula..😁

Tadi saya dah sembang dengan suami saya💕😍syukur Allah beri suami sentiasa mendengar dan membantu..

Para suami kita puan-puan,
Kadang-kadang tak sempat nak baca,
Jadi sekali sekala.. Kita bacakan untuk mereka..

Lelaki perlu diberitahu.. Memang unik ciptaan Allah swt begitu.. Lelaki sukar nak faham kalau kita cakap berpusing2.. Kena beritahu jelas dan terang🤓

Tips-tips ni saya yakin majoritinya suami kita dah buat..maybe nak ‘touch up’ sikitkan 😉

1. Bila tengok isteri penat, ucapkanlah ayat-ayat cinta, cth “terima kasih sayang, jaga anak-anak, siapkan makan untuk abang..”

Atau bertanyalah, ‘sayang ok hari ni? “
Ramai isteri bila saya berbual hanya mahukan seseorang bertanya pada mereka” are you ok? ” fullstop.

2. Mana boleh bantu, bantulah.. Contoh buangkan sampah keluar rumah, basuh pinggan sendiri selepas makan..

3. Bawa anak isteri ke masjid… Keluarga yang dekat dengan Allah swt inshaAllah semakin rapat ikatan hatinya..

4. Buat sesi ilmu bersama, contoh baca hadis ke.. Seerah nabi ke..

5. Jika boleh sekali sekala Ayah gilir-gilir tidurkan anak..

6. Bila anak dah tidur…
Solatlah taubat 2 rakaat dan witir..
Mengadulah pada Dia, mohonlah agar Dia bantu dalam menggalas amanah berat ini… Kerana segalanya dari Dia… ♥️

Ustazah saya dulu pernah cakap, “kalau kamu tak sebaik Saidatina Fatimah Azzahrah, janganla nak demand suami sebaik Saidina Ali r. a. Kan?”

Deep..

Dipersilakan share jika bermanfaat..

#Refresh
#IbuAyahBahagiaAnakGembira
#SamaSamaSemakDiri